UNIMASKU SAYANG

BE PART OF
UNIMAS

News andHighlights

| SELASA | 27 MAC 2024 |
-
Pengetahuan mengenai hak cipta amat penting dalam proses penerbitan. Pelanggaran hak cipta membawa implikasi undang-undang terhadap penerbit dan juga penulis. Topik ini telah dibincangkan dalam Sidang Pleno 2: Hak Cipta dan Karya oleh pembentang kertas kerja iaitu Prof Dr Nazura Abd Manap, Puan Fauzilahyatun Mustafa, Encik Kohd Azree Mohd Ariffin dan Puan Rosma Ishak.

 
 

| SELASA | 27 MAC 2024 |
-
Majlis Perasmian Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim serta majlis pelancaran buku terbaharu terbitan DBP.

 
 

| SELASA | 27 MAC 2024 |
-
Pembentangan kertas kerja untuk Pleno 1: Hala Tuju Industri Buku Negara di Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu anjuran Dewan Bahasa Pustaka. Kupasan menarik mengenai cabaran penulis dan penerbit, dunia penerbitan, hala tuju DBP, peranan Perpustakaan Negara dalam penerbitan di Malaysia dan Peranan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dalam merancakkan industri buku negara.


 
 

Bicara Mengenai Proses Dan Cabaran Penerbitan Buku anjuran UNIMAS Publisher

| ISNIN | 25 MAC 2024 |
-
Di sebalik tabir program Bicara Mengenai Proses Dan Cabaran Penerbitan Buku anjuran UNIMAS Publisher yang telah diadakan pada 25 Mac 2024.
 
Semoga program ini dapat menarik serta mencungkil lebih ramai bakat dalam penulisan dalam kalangan Warga UNIMAS.
 
 

RABU | 20 MAC 2024

Satu kunjungan mesra oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan Sarawak yang diwakili oleh Puan Nor Syakinah Jali Ke UNIMAS Publisher telah diadakan pada 19 Mac 2024. Kunjungan mesra ini adalah bertujuan untuk menyerahkan Sarawak Tourism Quick Facts Book 2023 dan Sarawak Folktale for All kepada UNIMAS Publisher. Kunjungan ini telah disambut baik oleh Pengarah UNIMAS Publisher, Puan Malia Taibi dan Penolong Pendaftar, Encik Jay Walid Mohd Taha.

Tahniah kepada Encik Abg Zainuddin bin Abg Hj Sharkawi di atas kenaikan pangkat sebagai Pereka Gred B26 berkuatkuasa 1 Januari 2024.
 
Semoga terus cemerlang dalam melaksanakan tugas & tanggungjawab.

Latihan Pengendalian Online Conference System (OCS)

| SELASA | 30 JANUARI 2024 |
-
Telah berlangsungnya latihan Pengendalian Online Conference System (OCS) bertempat di Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif (FSGK).
 
Peserta diberi tunjuk ajar secara praktikal bagaimana menggunakan OCS Workflow Chart, Registration, Site Management, Conference Manager, Scheduled Conferences dan beberapa fungsi OCS yang akan memudahkan segala urusan penerimaan abstrak dan prosiding untuk persidangan.

| KHAMIS | 11 JANUARI 2024 |

-
Perbincangan antara UNIMAS Publisher dengan Pustaka Negeri Sarawak mengenai penyertaan bersama di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024. Turut dibincangkan potensi untuk berkolaborasi dalam Penganjuran Pesta Buku Borneo 2025.

Mesyuarat Pengurusan Bahagian Penerbitan 2024

| SELASA | 9 JANUARI 2024 |
-
Mesyuarat Pengurusan Bahagian Penerbitan bagi membincangkan strategi dan halatuju 2024 telah berjaya dilaksanakan. Usai mesyuarat, aktiviti pertukaran hadiah bersempena Hari Natal dan Tahun Baru turut diadakan. Di majlis yang sama, sumbangan dari seluruh warga Unimas Publisher turut disampaikan kepada Encik Haidher Ahmad atas kembalinya adik beliau ke rahmahtullah baru-baru ini.
 
Semoga kebersamaan ini akan memperkukuhkan lagi semangat keserakanan dan mengeratkan hubungan antara warga Unimas Publisher dalam usaha untuk mempertingkatkan prestasi kerja.

MERAIH ANUGERAH BUKU NEGARA 2023

UNIMAS Publisher ingin mengucapkan tahniah kepada Prof Dr. Noria Anak Tugang atas kejayaan beliau sebagai penerima Anugerah Buku Negara 2023 bagi buku yang bertajuk “Warisan Budaya Miring dalam Masyarakat Iban di Sarawak”.
 
Penganugerahan ini merupakan satu sumbangan yang amat berharga terhadap warisan budaya masyarakat Iban di Sarawak. Kepekaan dan kepakaran Prof Dr. Noria dalam mendokumentasi aspek-aspek penting budaya ini telah menjadikan karya yang diterbitkan ini sebagai suatu khazanah pengetahuan yang tak ternilai.
 
Unimas Publisher berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan kejayaan Prof Dr. Noria. Semoga buku 'Warisan Budaya Miring dalam Masyarakat Iban di Sarawak' terus memberi inspirasi dan menjadi rujukan generasi akan datang serta memartabatkan warisan budaya di Sarawak melalui penulisan. 

Bukit Durang Hiden Jewel of Ulu Suai, Sarawak Unveils

The collaborative effort involving the Wilmar Conservation Program, the Institute of Biodiversity and Environmental Conservation (IBEC), UNIMAS and UNIMAS Publisher has culminated in the release of the book entitled "Bukit Durang: Hidden Jewel of Ulu Suai, Sarawak – Biodiversity at A Glance." This publication, co-edited by Prof. Dr. Jayasilan Mohd-Azlan and Dr. Aida Aida Shafreena Ahmad Puad, was officially unveiled on September 5, 2023, during the East Malaysia Palm & Lauric Oils Price Outlook Conference and Exhibition (emPOC2023).

During the event, Sarawak's esteemed Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, paid a visit to the Wilmar International exhibition booth, where he had the opportunity to peruse the book. This remarkable volume showcases the extensive research conducted in Bukit Durang, highlighting the discoveries related to plant species, animals, and their habitats by the diligent researchers involved in the project.

Program Bengkel Merombak Tesis ke Buku

HARI PERTAMA 
Rabu16 Ogos 2023

8:30 pagi – 4:30 petang
Alu-aluan dan pembukaan
SESI I        Pengenalan bengkel
SESI II       Tesis Lwn Buku
SESI III      Monograf, Buku Penyelidikan, Buku Umum, Buku Bergambar
SESI IV      Proses dan langkah merombak tesis
SESI V       Menulis cadangan penerbitan

HARI KEDUA
KHAMIS 17 OGOS 2023 

8:30 PAGI – 4:30 PETANG
SESI VI        Bengkel
SESI VII       Merombak bahagian awalan tesis
SESI VIII      Merombak isi tesis
SESI IX        Merombak bahagian akhiran tesis
SESI X         Pembentangan peserta
SESI XI        Penutup dan rumusan 

UNIMAS Publisher presents new books to PUSTAKA

UNIMAS Publisher presented two newly published books to the Chairman of Sarawak State Library, YBhg. Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Haji Hamid Bugo at the launching of the Pustaka Book Fair 2023 on 25 July 2023. The symbolic handing over of books by UNIMAS Publisher was witnessed by the Deputy Minister for Tourism, Creative Industry, and Performance Arts, Datuk Sebastian Ting at the Pustaka State Library. The two new titles are namely Does Democracy Have a Future and Ilustrasi Puisi Terindah. UNIMAS Publisher is also participating at the Pustaka Book Fair 2023 from 22 July until 30 July 2023.

UNIMAS Publisher Operating Hour

AT YOUR SERVICE... 

Do you have a scholarly work you wish to transform into a book? Come talk to us. Tell us about your manuscript, goals and we will be delighted to give you a free advice on how to kick off. We are ready to help you create a solid academically oriented publication. Send us an email or call the Editorial Unit at +6082 582311/ 1185 or email: unipub@unimas.my

Main Office Operating Hours:       Books Gallery Operating Hours: 
Monday - Thursday    Friday                           Monday - Thursday    Friday
8:00am - 1:00pm       8:00am - 12:00pm        8:45am - 12:45pm      8:45am - 12:00pm
2:00pm - 5:00pm       2:30pm - 5:00pm          2
:15pm - 4:30pm        2:15pm - 4:30pm
Tel: +6082 582278                                         Tel: +6082 583840



 

Image

Strategic Collaborators

Image